Kit Permainan Rompak Bank Kanak Kanak

Kit Permainan Untuk Kanak-Kanak Rompak Bank?


Agak mengejutkan apabila kit permainan untuk kanak-kanak merompak bank dijual dipasaran.
Ia didatangkan dengan semua bahagian yang diperlukan untuk merancang merompak sebuah bank.
Seperti figura seorang wanita memakai cermin mata gelap sambil memegang sepucuk pistol. Malah terdapat juga pemutar skru.
Manakala satu lagi figura lelaki yang dikenali sebagai pengurus bank mengangkat tangan seolah-olah diancam dan disebelahnya terdapat beberapa ketulan jongkong emas, wang tunai dan mesin ATM.
Permainan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada ibu bapa kerana menganggap ia boleh meransang minat kanak-kanak untuk melakukan perbuatan tidak elok.
Kanak-kanak akan membayangkan dan mencipta situasi rompakan apabila bersama rakan lain dan perkara ini amat merisaukan ibu bapa.
Permainan ini dijual pada kanak-kanak berumur 4 hingga 10 tahun dan boleh didapati di Toy R’Us.
Lihat gambar dibawah ini.
111
222
444
Oleh: KASIH ISA

0 komentar:

Posting Komentar