Polis buru pelakon lucah disyaki pembunuh kejam

Sabtu, 2 Jun 2012


MONTREAL 1 Jun - Polis sedang memburu seorang pelakon filem lucah yang disyaki melakukan pembunuhan kejam menggunakan alat pemecah ais sebelum memuat naik video rakaman pembunuhan itu di Internet, dan menghantar bahagian mayat yang dipotong-potong ke beberapa buah pejabat kerajaan sekitar Kanada.

Luka Rocco Magnotta, 29, kini diburu polis selepas sebahagian mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat terkunci dalam sebuah beg pakaian di kediamannya, yang terletak di sebuah blok pangsapuri, di sini.

Bahagian video yang dilabel dengan tajuk 1 Lunatic 1 Ice Pick itu dimuat naik pada minggu lalu, menunjukkan seorang lelaki yang dibogelkan diikat pada rangka katil sebelum diserang menggunakan alat pemecah ais dan pisau dapur.

Laman web The Best Gore menyifatkan, video tersebut yang tidak pasti di mana dan bila ia dirakam, menunjukkan mangsa ditikam dan disembelih sambil diiringi irama lagu True Faith, oleh kumpulan New Order.
Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia ketika rakaman mula dijalankan, dipenggal kepalanya dengan beberapa bahagian badannya dipotong-potong dan didera secara seksual.

Lelaki di dalam video itu, yang mana wajahnya tidak kelihatan, juga melakukan aksi seks dengan mayat tersebut.
National Post melaporkan, terdapat juga pihak yang sangsi dengan ketulenan video tersebut, namun polis kini mengesahkan ia menggambarkan jenayah sebenar.

Polis percaya, bahagian kaki mangsa kemudian dihantar ke ibu pejabat Parti Konservatif Kanada dan tangannya ditemui di gudang pos, yang kedua-duanya terletak di Ottawa.

Polis turut percaya lelaki itu juga terlibat dengan sebuah video yang dimuat naik menggambarkan penderaan dan pembunuhan haiwan.relevansokmo

 - AGENSI

0 komentar:

Posting Komentar