Mujahid Kenyataan saya berlandas fekah
6 Januari 2013
GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH.
Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama.
“Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya.
Menurutnya, Islam tidak memaksa penganut agama lain mengikut Islam. Yahudi dan Nasrani juga sudah menggunakan perkataan ALLAH sejak sekian lama.
“Kenyataan saya keluarkan sebelum ini juga berpandukan ayat 25, Surah Luqman dan Surah Al Hajj,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Mohamed Hafiz, beliau berkata, mungkin pandangan pemimpin JMPP itu terlalu mudah dan hanya melihat dari perspektif kecil.

0 komentar:
Posting Komentar