Gandingan ulama profesional sejak zaman khilafah
Harakahdaily
Aslani M, | 05 Okt 2013 |
MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.
“Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.
“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.
“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional. Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.
Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail.
Pemilihan pada muktamar Dewan Muslimat hari ini mencatat sejarah apabila tiada pertandingan sebarang jawatan termasuk 10 anggota jawatankuasanya.
Siti Zailah kekal sebagai ketua, Wan Ubaidah Omar (timbalan) dan Rohani Ibrahim (Naib Ketua), manakala 10 anggota jawatankuasa yang dikekalkan iaitu Zainiah Abdul Halim, Arniwati Sabirin, Ahlaami Abdul Halim, Hafizah Abdullah, Khairiah Mohamad.
Selain itu Norhashimah Deraman, Ilvira Dasuki, Mumtaz Mohd Nawi, Dr Roselisa Muhamad dan Zaharah Mohamad. Keputusan itu diumumkan Bendahari PAS Machang, Zakaria Yaakub yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa pemilih.
Sebelum ini media harian saban hari memainkan isu profesional dan ulama dalam PAS bagi memperlihatkan pertembungan serius dua kelompok tersebut menjelang muktamar November hadapan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pertembungan ulama dan profesional dalam PAS sengaja dibesar-besarkan setiap kali berlaku pemilihan sempena muktamar PAS.

0 komentar:
Posting Komentar