Anak degil main mancis
Alor Setar: “Saya sudah larang anak ketiga (Naqiyudin Ikhwan Zulkifli, 7) jangan bermain mancis tetapi tetap degil hinggakan saya tidak sedar rumah kami terbakar. Saya hanya menyedarinya ketika mahu mengangkat baju di ampaian dan ternampak api menyambar antara rumah kami dan rumah jiran.
“Saya syak mungkin kebakaran berlaku disebabkan mancis yang dinyalakan anak terkena kertas dan timbunan kotak di luar rumah menyebabkan ia terbakar,” kata Noor Laili Shaari.
Dalam kejadian jam 4.15 petang semalam, Noor Laili, 44, serta tiga daripada empat anaknya berusia dua hingga 17 tahun berada di rumah itu di Taman Lelasari, Jalan Langgar di sini, bersama seorang adik angkatnya, Mardiah Mat Isa, 24, sebelum menyedari rumah mereka terbakar.
Ketika kejadian, anak bongsunya, Nur Nafisa Aqqila Zulkifli, 4, tidur manakala yang lain berehat di ruang tamu. Suaminya, Zulkifli Othman, 43, ketika itu keluar bekerja manakala anak keduanya, Muhamad Nabil Ikhwan, 13, tiada di rumah.
ANGGOTA bomba mengambil keterangan daripada Noor Laili (kanan).
Noor Laili berkata, dia masuk ke dalam rumah dan menyuruh anaknya menyelamatkan diri manakala Mardiah sempat mendukung keluar Nur Nafisa yang nyenyak tidur.
0 komentar:
Posting Komentar