Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan

Rumah MB Perlis Hangus Terbakar


KUALA LUMPUR – Kediaman Menteri Besar Perlis, Azlan Man di Bukit Persekutuan di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam Sabtu.

Ketika kejadian pukul 10.30 malam itu, empat anggota keluarganya yang berada di banglo dua tingkat berkenaan berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad, ketikakejadian empat bersaudara terbabit berada di tingkat atas rumah sebelum bergegasmenyelamatkan diri selepas menyedari ada kebakaran.

Enam jentera bomba bersama-sama 57 anggota dari balai bomba Hang Tuah, Sentul, Taman Tun Dr Ismail dan Seputeh digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.

“Setibanya di lokasi kami mendapati hampir 60 peratus bahagian dalam rumah telah terbakar berikutan struktur bangunan dan lantai yang diperbuat daripada papan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya api berjaya dikawal setengah jam kemudian, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu di KANGAR, Azlan memberitahu Bernama beliau bersyukur kerana kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

“Saya belum sempat pulang untuk melihat sendiri keadaan rumah, namun dimaklumkan bahagian atas rumah musnah, katanya yang ditemui selepas penyampaian elaun pengerusi dan setiausaha jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung seluruh Perlis.

Katanya, beliau sudah tinggal di rumah itu ketika masih berkhidmat dalam sektor awam.

“Belum pasti bila saya akan pulang untuk melihat rumah kerana jadual tugas saya di sini padat, katanya menambah isteri beliau sudah ke Kuala Lumpur untuk melihat tahap kerosakan dan kerugian yang dialami,” katanya. – BERNAMA

Ketua UMNO Bahagian arah tutup bilik gerakan UMNO sebab marah pada MB

 Sinar harian
PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. 

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan. 

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.
“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. “Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.
Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji. 

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti. “Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.
“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut. “Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol. 

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.
“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja. “Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya. -