Tampilkan postingan dengan label keputusan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keputusan. Tampilkan semua postingan

Keputusan Isu Kalimah ‘Allah’ Pada 14 Okt


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 14 Okt ini sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah ‘Allah’.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu Bernama Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes itu ditetapkan pada 14 Okt.

Pada 10 Sept lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan dalam kes itu.

Panel itu akan memutuskan rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’.

Enam majlis agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dibenar menjadi pencelah dalam kes itu.

Sementara itu, peguam Hanif Khatri Abdullah yang mewakili MACMA mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan sudah memaklumkan tarikh berkenaan kepada peguam Tajuddin Razak.

Pada 16 Feb, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.

Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

Pemimpin Sarawak Berang Keputusan Mahkamah


KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam majalah Kristian The Herald disambut dengan kenyataan keras dari pemimpin Sarawak, baik dari kumpulan penyokong kerajaan mahupun dari pembangkang.

Beratus-ratus komen muncul di akhbar, portal berita serta di laman blog, Facebook dan Twitter.

Ada di antaranya yang menyatakan kekesalan kerana merasakan bahawa Sarawak dikhianati selepas menyertai persekutuan Malaysia sejak sekian lama.

Selain itu, ada juga yang menuntut agar pemimpin NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia dan PERKASA serta kumpulan fanatik agama lain dihalang dari memasuki negeri itu.

Tidak terkecuali, kumpulan yang menggesa agar golongan Cina dan Dayak Kristian tidak lagi menyokong BN sebagai tanda protes. Golongan Kristian membentuk lebih 70 peratus dari 2.6 juta penduduk di Sarawak.

Antaranya, pengerusi Parti Reformasi Negeri Jeffrey Kitingan yang berkata perdana menteri sepatutnya menunjukkan keikhlasan dalam program transformasi serta politik inklusif dan perdamaian yang diuar-uarkan.

(Hak eksklusif agama tidak boleh dicampuradukkan dalam aspek pentadbiran awam mahupun sivil kerana agama Islam itu lahir dari sumber yang Maha Kuasa dan Esa berbeza daripada agama-agama lain di dunia ini. Peliknya, kenapa beriya-iya sangat mahu menggunakan kalimah Allah dalam majalah mereka?)

Katanya, perpecahan di kalangan rakyat Malaysia akan berlaku, bukan disebabkan keputusan mahkamah berkenaan tetapi oleh sikap dan dasar berterusan oleh kerajaan BN.

“Perdana menteri dan kerajaan persekutuan perlu diingatkan bahawa isu tersebut bermula apabila Menteri Dalam Negeri pada masa itu mengharamkan (The Herald) daripada merujuk kepada ‘Allah’, yang timbul dari kuasa budi bicara mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya.

Perkara itu jelas menunjukkan bahawa ia adakah tindakan oleh kerajaan persekutuan, katanya yang menambah, kerajaan lupa bahawa ia mentadbir seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya di semenanjung.

“Tidak perlu bagi NGO Islam-Melayu mengisytihar bahawa ‘orang Kristian adalah saudara kami’ kerana dalam kehidupan sebenar di Sabah dan Sarawak, abang, kakak, ayah dan ibu, suami dan isteri terdiri dari orang Krisitan, Islam dan agama lain…,” katanya lagi. – malaysiakini.com