Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

KEADILAN ke Bank Negara gesa siasatan RM40 juta Musa Aman


(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 24 Oktober: KEADILAN akan melaporkan kepada Bank Negara esok berhubung skandal wang RM40 juta milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menggesa perkara itu disiasat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin sebelum ini menjamin kewibawaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan reputasi Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam menjalankan kawalan dan pemantauan kewangan.
“(Ketika itu) dia merujuk isu dana asing Suaram (Suara Rakyat Malaysia)…Kita tak pertikai kewibawaan BNM (tapi) jangan
hanya hebat bila siasat Suaram.

“(Justeru) sebagai parti politik yang bertanggungjawab, KEADILAN putuskan untuk ke BNM dan bantu (BNM) dengan memetik Akta 613 (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) yang beri sebab kukuh untuk BNM ambil tindakan seterusnya,” kata Ahli Parlimen Machang itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pada 2008, ahli perniagaan, Michael Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram.
Chia kemudian memberitahu Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang itu untuk Musa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan wang itu adalah sumbangan politik kepada Umno Sabah, tanpa mendedahkan penyumbangnya.

Siasat bawah Akta 613
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, KEADILAN telah mengumpul bukti dan maklumat bagi membolehkan laporan dibuat kepada BNM di bawah Akta 163.

Menurutnya, mengikut Seksyen 14 Akta 613, sebuah institusi kewangan perlu melaporkan segera kepada BNM jika ada kakitangannya mengesyaki wujud pemindahan wang bersabit kegiatan haram atau tinjauan dari kegiatan haram.
“Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (22 Oktober lalu) bahawa wang itu dibekukan pihak berkuasa Hong Kong jelas tunjukkan asas untuk mengesyaki ia berpunca dari kegiatan haram.
“Kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa wang itu dipindah ke akaun peribadi seorang pemimpin Umno Sabah patutnya segera timbulkan syak wasangka, kerana pendapatan ahli politik di Malaysia tidaklah seberapa,” katanya.

Jelas Rafizi, Seksyen 16(3) akta sama pula menyatakan institusi kewangan wajib ambil semua langkah yang perlu untuk menjejaki identiti pemilik wang, lebih-lebih lagi jika libatkan pemegang akaun yang tidak ada sebarang aktiviti perniagaan dari negara asal wang itu dipindahkan.

“Kenyataan Nazri bahawa wang itu milik Umno serta keterangan Wilfred ia dipindah ke akaun peribadi adalah contoh salah laku yang perlu dilapor di bawah seksyen ini,” katanya.
KEADILAN percaya BNM punya asas kukuh untuk mulakan siasatan dan kuasa yang luas untuk menyiasat individu yang terlibat.

“Akta 613 wajibkan bank siasat individu terlibat dan jika pemindahan wang tiada kaitan dengan operasi perniagaan di luar negara, ia asas kukuh untuk laporkan kepada BNM agar siasatan dimulakan,” katanya.
“Umno cuba pertahankan perkara yang tidak boleh dipertahankan…mereka silap kalau ingat rakyat akan terima sahaja (alasan yang diberikan),” tegas Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Penyertaan Mat Taib ke dalam PAS boleh timbulkan masalah kepada BN kata pemimpin Umno

Oleh Syed Jaymal Zahiid
April 23, 2013
Mohd Khir Toyo: Muhammad menambahkan lebih kerja pada BN. — Gambar failKUALA LUMPUR, 23 April — Keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk menyertai PAS boleh menjadi penghalang kepada kempen Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Selangor, kata pemimpin Umno hari ini.

Bekas menteri besar Selangor yang diketahui popular dikalangan penyokong Umno terutama di kawasan Melayu negeri kubu kuat parti tersebut, dan penyertaan Muhammad ke kem pembangkang mampu membantu menembusi kubu Melayu parti itu.

“Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami,” kata bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada The Malaysian Insider. “Umno-BN harus beri perhatian khusus terutamanya apabila setiap undi penting.”

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu menerangkan, Muhammad, yang dikenali sebagai “Mat Tyson”, boleh membantu PR masuk ke kawasan pendalaman Melayu dan menarik pengundi Umno untuk menyokong PR.
“Adalah baik untuk kita melawan kempennya dan menerangkan keputusannya … ia menambah lebih kerja kepada kita,” kata Mohd Khir, dan menambah penyertaan Muhammad kedalam PAS tepat pada waktunya dan memberikan kelebihan kepada PR.

Beliau memberi amaran kepada pemimpin Umno agar tidak memandang ringan penyertaan Muhammad dan mendesak pemimpin agar memerhatikan dengan dekat kempen Muhammad agar tidak mengalihkan undi Melayu.

PAS semalam mengumumkan keahlian Muhammad dalam satu ceramah besar di Shah Alam, satu langkah memperkukuhkan lagi perlawanan PR untuk mempertahankan Selangor.
Muhammad bekas pemimpin utama Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 mengatakan semalam Malaysia dan Selangor membangun di bawah BN tetapi menegaskan masa sudah tiba untuk berubah.

Difahamkan Muhammad akan menjelajah Selangor untuk membantu kempen PR dikawasan pendalaman Selangor dimana PKR-PAS-DAP gagal untuk tembusi.
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed bersetuju Muhammad masih lagi mempunyai sedikit pengaruh dikalangan pengundi Melayu Selangor terutamanya penyokong Umno lebih tua tetapi menafikan cadangan mengatakan beliau menjadi ancaman kepada gabungan itu.

“Sudah tentu terdapat orang yang suka kepada dia, tetapi dia sudah menjadi sejarah … dan dia bukanlah seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang evergreen. Saya tidak fikir dia akan memberikan kesan,” kata Mohd Zin kepada The Malaysian Insider merujuk kepada bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu.

Bekas menteri kerja raya itu percaya, majoriti pengundi sudah terlupa tentang bekas rakan Umnonya itu sementara pengundi lebih muda, demografi yang menjadi kunci dalam menentukan keputusan pilihan raya 5 Mei, tidak mengenali siapa dirinya.
Beliau juga menafikan Muhammad boleh membantu PR untuk menembusi kubu kuat Melayu mereka.

“Mereka adalah penyokong kuat kami, pengundi luar bandar akan selalu bersama kami,” katanya.
Pengundi percaya, BN akan bergantung kepada pengundi Melayu untuk merampas semula Selangor, negeri paling kaya dalam negara pada pilihan raya 5 Mei.

Sedikit perubahan dalam corak pengundian etnik terbesar dalam negara itu dan undi Cina pada 2008 telah menyebabkan BN kalah di Selangor, pertama kali dalam sejarah negara semenjak merdeka, akan tetapi taktik perkauman Umno berjaya menarik kembali orang Melayu menyokong mereka.TMI