Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Timb Menteri Pengangkutan Akui AirAsia Ibarat Anak Emas

Timb. Menteri Pengangkutan Akui AirAsia Ibarat Anak Emas

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos pembinaan lapangan terbang tambang murah KLIA2 kepada RM4 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini, antaranya untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah AirAsia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata AirAsia sebagai operator terbesar KLIA2 antara lain meminta penambahan keluasan dan peningkatan infrastruktur termasuk memanjang dan melebarkan landasan, menambah bilangan pintu ketibaan dan pelepasan, pengendalian bagasi automatik selain diadakan ‘premium airport lounge’.
Syarikat itu juga mahu hotel miliknya iaitu Tune Hotel dan ibu pejabatnya didirikan di dalam kawasan lapangan terbang itu.
“Banyak perkara yang kita tampung permintaan daripada AirAsia yang saya kira macam ‘anak emas’ untuk tingkatkan spesifikasi (di lapangan terbang itu), dan ini menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan.
“Permintaan AirAsia itu perlu diambil kira kerana ia berdasarkan keperluan baru yang wujud selain perkembangan drastik industri penerbangan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.
Abdul Aziz berkata antara penambahbaikan telah dibuat termasuk memanjangkan landasan daripada 2.5km ke 4.4km dan dilebarkan kepada 2.2km, bertujuan menampung pesawat yang lebih besar seperti Airbus A380.
Ia juga melibatkan penambahan keluasan terminal daripada 150,000 meter persegi kepada 250,000 meter persegi dan jumlah pintu pelepasan dan ketibaan kepada 68 berbanding 55 dalam perancangan asal.
Penambahbaikan itu juga bertujuan untuk menampung pertambahan kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun.
Jawapan Abdul Aziz menyebabkan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangkit mempersoalkan apakah kelebihan AirAsia sehingga diberi pelbagai keistimewaan.
“Kenapa kerajaan asyik layan AirAsia, siapa AirAsia sehingga perlu diberi keistimewaan begitu?” soalnya.
Menjawab soalan Bung Moktar, Abdul Aziz berkata kebanyakan permintaan syarikat itu dipenuhi kerana ia berdasarkan ‘commercial logic’ dan sebagai operator terbesar, pandangan syarikat itu harus diambil kira. Kepada jawapan itu Bung Moktar sekali lagi mencelah: “Bukan kerana dia buaya besar?” katanya yang mencetuskan ketawa anggota Parlimen lain.
Terdahulu Abdul Aziz berkata kos pembinaan KLIA2 masih dianggap termurah berbanding di negara-negara lain kerana ia hanya melibatkan RM89 bagi setiap penumpang.
“Di Jerman, kos pembinaan bagi setiap penumpang ialah pada kadar RM478 dan melibatkan pembinaan selama enam tahun walaupun kapasiti terminalnya sama dengan KLIA2.
“Begitu juga pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang melibatkan kos RM2,143 (seorang penumpang) dan Lapangan Terbang Changi, di Singapura membabitkan RM2,906 bagi seorang penumpang. Jadi dalam banyak-banyak pembinaan lapangan terbang di dunia, terminal KLIA2 antara yang termurah dan paling cepat dibina setakat ini,” katanya.
Persidangan dewan bersambung, Khamis. – BERNAMA

Anak degil main mancis

Alor Setar: “Saya sudah larang anak ketiga (Naqiyudin Ikhwan Zulkifli, 7) jangan bermain mancis tetapi tetap degil hinggakan saya tidak sedar rumah kami terbakar. Saya hanya menyedarinya ketika mahu mengangkat baju di ampaian dan ternampak api menyambar antara rumah kami dan rumah jiran.

“Saya syak mungkin kebakaran berlaku disebabkan mancis yang dinyalakan anak terkena kertas dan timbunan kotak di luar rumah menyebabkan ia terbakar,” kata Noor Laili Shaari.

Dalam kejadian jam 4.15 petang semalam, Noor Laili, 44, serta tiga daripada empat anaknya berusia dua hingga 17 tahun berada di rumah itu di Taman Lelasari, Jalan Langgar di sini, bersama seorang adik angkatnya, Mardiah Mat Isa, 24, sebelum menyedari rumah mereka terbakar.

Ketika kejadian, anak bongsunya, Nur Nafisa Aqqila Zulkifli, 4, tidur manakala yang lain berehat di ruang tamu. Suaminya, Zulkifli Othman, 43, ketika itu keluar bekerja manakala anak keduanya, Muhamad Nabil Ikhwan, 13, tiada di rumah.

ANGGOTA bomba mengambil keterangan daripada Noor Laili (kanan).

Noor Laili berkata, dia masuk ke dalam rumah dan menyuruh anaknya menyelamatkan diri manakala Mardiah sempat mendukung keluar Nur Nafisa yang nyenyak tidur.

Simpan anak buaya dalam tab mandi



Miami: Pihak berkuasa daerah Volusia di Florida mendakwa seorang lelaki Sean Lewis, 45, dengan tuduhan mencuri anak buaya selepas ibunya menghubungi talian kecemasan 911 Isnin lalu untuk melaporkan perbuatannya.

Lewis bagaimanapun memberitahu polis, dia menerima anak buaya berkenaan daripada seorang kawan yang sepatutnya mengambil semula haiwan itu, tetapi tidak melakukan demikian, lapor NBC Miami. Selepas seketika Lewis memutuskan untuk menyimpan anak buaya itu dalam tab mandi di kediaman yang dikongsi bersama ibunya.


Namun, wanita terbabit tidak suka dengan tindakan anaknya itu apabila dia menjadikan tab mandi berkenaan akuarium lengkap dengan potongan kayu sebagai ganti tanah kering dan mentol lampu seolah-olah cahaya matahari.

Wanita berkenaan kemudian menghubungi polis yang tiba untuk menangkap haiwan terbabit.


Walaupun tab mandi berkenaan mempunyai ruang mencukupi untuk membolehkan anak buaya itu bergerak, tetapi petugas zoo Florida, Bonnie Breibeil berkata, ia tidak memerlukan tempoh lama sebelum haiwan itu akan bertukar menjadi ganas. - Agensi

Kisah Sedih Anak 3 Tahun Maut Ditinggal Dalam Kereta

Kisah Sedih Anak 3 Tahun Maut Ditinggal Dalam Kereta | Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku…Tadi ada berita sedih ttg guru di SMK USJ4, krn kematian anak yg baru berumur 3 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati… Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.
images
Gambar hiasan
Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.
Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.
Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.
Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??
Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa.
Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..
Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.
Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri… Sedih dengar…
Kesimpulan, jgnlah cuai terutamanya yg melibatkan anak. Dan, jgn terlalu fokus pd kerja hingga hilang tumpuan bab-bab tgjwb pd anak… Moga cerita ini dpt dijadikan teladan buat cikgu-cikgu semua…P/S: Tangan admin kisahbest.my menggeletar ketika menulis artikel ni kerana mempunyai anak yg berumur 3 tahun juga. Tak dapat bayangkan jika berlaku kepada diri. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua. Nauzubillah…
sumber: