Simpan anak buaya dalam tab mandi
Miami: Pihak berkuasa daerah Volusia di Florida mendakwa seorang lelaki Sean Lewis, 45, dengan tuduhan mencuri anak buaya selepas ibunya menghubungi talian kecemasan 911 Isnin lalu untuk melaporkan perbuatannya.
Lewis bagaimanapun memberitahu polis, dia menerima anak buaya berkenaan daripada seorang kawan yang sepatutnya mengambil semula haiwan itu, tetapi tidak melakukan demikian, lapor NBC Miami. Selepas seketika Lewis memutuskan untuk menyimpan anak buaya itu dalam tab mandi di kediaman yang dikongsi bersama ibunya.
Namun, wanita terbabit tidak suka dengan tindakan anaknya itu apabila dia menjadikan tab mandi berkenaan akuarium lengkap dengan potongan kayu sebagai ganti tanah kering dan mentol lampu seolah-olah cahaya matahari.
Wanita berkenaan kemudian menghubungi polis yang tiba untuk menangkap haiwan terbabit.
Walaupun tab mandi berkenaan mempunyai ruang mencukupi untuk membolehkan anak buaya itu bergerak, tetapi petugas zoo Florida, Bonnie Breibeil berkata, ia tidak memerlukan tempoh lama sebelum haiwan itu akan bertukar menjadi ganas. - Agensi
0 komentar:
Posting Komentar